kelab blogger yang mewujudkan talian silaturrahim :)

Friday 5 August 2011 |

Assalamualaikum...haa, hari ini saya baru je join kelab blogger yang di asaskan oleh Ben Ashaari dan Puteri Katek dan telah pun mencapai ''members'' sebanyak lebih 11ribu! tu angka yang besar tu..

sebenarnya, saya  cukup suka dengan group ini, keerana kita semua mungkin ada yang mengenali, dan juga ada yang tidak mengenali...TETAPI, kita dah ada dalam satu group yang menghubungkan kita sesama lain, dan kita juga telah mewujudkan satu rangakaian, TALIAN SILATURRAHIM yang dituntut dalam Islam..


''Islam itu Indah''
''talian silaturrahim amat penting dalam masyarakat''


Firman Allah di didalam surah An-Nisa’ ayat 36 :
Ertinya : 

" Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan jangan kamu sekutukan dia dengan sesuatu pun jua dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu-bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh dan rakan sejawat dan orang musafir yang terlantar dan jga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri "
Sidang jumaat yang dikasihi,
Menghubungkan silaturrahim ialah berbuat baik kepada semua yang ada pertalian kekeluargaan di antara kita. Bersegeralah menolong dan membantu mereka jika mereka memerlukannya dan jagalah perasaan mereka dengan sikap lemah lembut. Juga cintailah mereka dan berilah nasihat dan tolonglah mereka dalam segala masalah yang sedang mereka hadapi.
Dahulukanlah mereka dalam setiap perbuatan yang baik seperti dalam pemberian sedeqah, hidayah -  dari orang lain di atas dasar silaturrahim. Sabda nabi s.a.w yang maksudnya :
" Sedeqah kepada orang miskin mendapat pahala sedeqah sahaja sedangkan kepada yang ada hubungan keluarga mendapat dua pahala iaitu pahala sedeqah dan pahala menghubungkan silaturrahim ".
Sidang jumaat yang dirahmati Allah,
Menjadi kewajipan setiap muslim untuk berlaku baik dan mengambil berat kepada semua yang ada hubungan kekeluargaan & dan inilah yang disebut
menghubungkan silaturrahim sama ada hubungan pertalian darah atau pernikahan umpama kelurga sebelah isteri atau suami. Menghubungkan silaturrahim ini diutamakan kepada keluarga yang ada keretakan. Hubungkanlah silaturrahim dengan mereka & lupakan kebencian dan padamkan api dendam & berlaku baik dan tunjukkan kasih sayang kepada mereka.
Allah subhanahua ta'ala berfirman di dalam surah Fussilat ayat 34

tahniah kepada semua yang terlibat dalam group ini......... LOVE YOU ALL BLOGGERS!



9 comments:

misZiSya said...

sy setuju :) salam perkenalan.

micosey said...

salam perkenalan daripada saya! :)
http://micosey.blogspot.com/2011/08/108-jom-kibar-jalur-gemilang-dalam-blog.html#more

admin said...

thank...salam perkenalan juga :)

Anonymous said...

salam, setuju itu...follow awak ye...

Rina Omar said...

Sokong2 :D

Ticer Syah said...

selamat berblog yee

Cik Bahgia a.k.a Zet said...

=) selamat berblog

hakim hazman said...

thank :)

Kak Amy said...

Salam kenal , singgah dan follow sini jemput ke belog saya..

Post a Comment