aku dan dia : part 1

Tuesday 9 August 2011 |

sebelum mengenali si DIA....................
booomm....mak, abang eksiden..kata faiz kepada mak dia yang tengah masak kat dapur....**mak pun berlari keluar sambil menjerit, mana mana! mana anak aku...faiz pun berlari mendapatkan maknya itu..abang eksiden kat simpang kat hujung kampung mak, tadi izham datang bagitau.. Tanpa berfikir panjang, mak kepada faiz pun bergegas untuk mencari anaknya itu....faiz pun membonceng motosikal membawa ibuya ke hujjung kampung
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
**di hujung kampung, kelihatan beberapa orang kampung sedang mengangkat motosikal,
mak leha pun terus pergi ke anaknya yang eksiden itu..
*nama anaknya itu ialah farhan, baru lepas belajar di Kolej Matrikulasi di Changlun.
mak, kaki farhan sakit mak, kata farhan kepada mak nya, mak leha... tu lah farhan ni, farhan bawak motor macam mana, dah jom kita balik...sat lagi pak wan mai ambik kita, kita terus ke hospital...
mak, faiz terus pulang rumah ye mak..mak leha pun menjawab, baik faiz, kamu pulang dulu tengok rumah..abah hang kerja kat luar, ada outstation..
*faiz pun pulang kerumah,tiba-tiba tayar motornya pancit..OMG OMG , alamakkkkkkkkkkkkkkkk.....
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
**tiba di hospital Jitra,mak leha terus ke kaunter untuk mendaftar anaknya itu
assalamualaikum encik fairul, anak saya ni eksiden..kaki dia ada lebam lebam, saya takut kot kot kaki dia ni tulang retak.
*En Fairul pun terus calling calling doktor untuk datang
maafkan saya En Fairul, saya ada patient sat lagi, dia nak operation kata doktor Darmia kepada En Fairul...
En Fairul merupakan kakitangan dan juga kerani dalam hospital Jitra..(hanya lah rekaan)
makcik leha, mai sat..doktor la ni ada pesakit...dia nak operation sat lagi..mak leha boleh tunggu sat dak..kami akan mintak MA (medical assistant) untuk bantu farhan...
ok,tak pa la kalau macam tu..makcik xkisah...yang penting farhan ni sembuh, kata makcik leha membalas kembali kata En Fairul...
MAKKKKKKKKKKKKKKKKK...............................
''opocot mak oiiiiii en fairul ni hensem''  makcik leha melatah terkejut bila farhan menjerit panggil dia...
*mak cik leha ni seorang ibu yang baik namun beliau cepat melatah bila terkejut...
kaki farhan keluar darah makkk...
APADIA?? menjerit makcik leha....
--------------->> bersambung..
part 2 ( ketika rawatan )

Cerita ini mengisahkan tentang seorang perempuan yang tabah dalam mengharungi kehidupannya. Dia juga mempunyai seorang kekasih. Namun, kekasihnya ini diganggu oleh sesorang yang cemburukan hubungan mereka sehingga hubungan mereka semakin goyah. Apakah yang akan terjadi selepas itu....ikuti ''aku dan dia'' setiap part setiap hari...



Lelong no VIP HOTLINK ! siapa cepat dia dapat !

Sunday 7 August 2011 |


No HOTLINK VIP LELONG! SIAPA CEPAT DIA DAPAT! HARGA RM60 KE RM100 MENGIKUT KAWASAN UNTUK DIHANTAR!

No. Lelongan pertama!
            
014-257 5115
014-257 5225
014-257 5335
014-257 5445
014-257 5665
014- has been booked
014-257 5885
014-257 5995
___________
014-258 5115
014-258 5225
014-258 5335
014-258 5445
014-258 5665
014-258 5775
014-258 5885
014-258 5995
---------------------------------------

**couple no **014-257 5005
                     **014-258 5005
---------------------------------------

014-257 0110
014-257 0220
014-257 0330
014-257 0440
014-257 0550
014-257 0660
014-257 0770
014-257 0880
014-257 0990
014-258 0110
014-258 0220
014-258 0330
014-258 0440
014-258 0550
014-258 0660
014-258 0770
014-258 0990
014-259 0110
014-259 0220
014-259 0330
014-259 0440
014-259 0550
014-259 0660
014-259 0770
014-259 0880
-------------------------
** 014-2590990
** 014-2580880

call saya sekarang , khairul : 013-4148405 (24JAM) - JITRA-CHANGLUN-ALOR STAR-DAN KAWASAN KUBANG PASU..

@ada juga no CELCOM dan banyak lagi no yang menarik! akan di update lagi..

the MAGIC of google translate!

Saturday 6 August 2011 |

click to enlarge

woohaaaa...ni bukan edit oke!!!
try la type!

''Do not snatch philippines money
the people of bangladesh are angry
pakistani people hate national row''

Untungnye dapat hadiah dari mama!

|

gf kesayangan mak aku :)

Best jugak berblog nie yarr! huhu.... bulan 8 ni bulan agak bertuah..kerana Birthday aku esok!! yeay! 7ogos=P

tapi hari ni dah dapat hadiah oo....dari mak tercinta... I LOVE YOU mama!!
ni la mak aku yang cun melecun! 

ni lak adik aku ni twin yg bagi hadiah kat aku jugak! =P

rindu dorang! 
Mak kite ni kan penyayang..huhu....dia tak de anak perempuan...sibling2 aku lak semua laki..tapi dia ada berkenan dekat sorang ni! sape erk, huhu...awek aku la tu! aku mmg love dia, sebab mak aku sggt merestukan hubungan ktowang!

doakan ktowang bahagia erk!

huhu...i love you!!


Assalamualaikum semua! saya nak berniaga sikit boleh tak?? haa, ni baru nak jadi tauke kedai talipon ni..
okeyh! tapi untuk orang dikawasan JITRA,CHANGLUN, ALOR STAR jolah...huhu....

***Pakej OMG dari Digi !

haa...ni la YHK kesayangan saya!

ni lah talipon comeyl tu..ada percuma internet woo....

ni full handsect tu...

amacam?? cute x?


amacam cute x?? harga dia cuma RM299 jer!

dalam kotak tu, anda akan dapat charger -- plug and in-car charger
anda akan dapat handsfree
anda juga akan dapat usb
dan juga anda akan dapat ''cd'' software dia untuk pc or laptop
waranty DIGI selama SETAHUN

**pakej OMG

@ Internet Percuma 300MB*internet bulanan selama 12bulan
@ servis - with one click for facebook chat, messenger, yahoo mail, yahoo news and weather !
@ panggilan + sms Percuma untuk 3 Buddyz (dari 12pagi-8mlm)

OMG package

smartphone + DiGi Easy Prepaid + FREE Mobile Internet for 12 months only RM299

call me : khairul (013-4148405) for JITRA,ALOR STAR DAN CHANGLOON 




kelab blogger yang mewujudkan talian silaturrahim :)

Friday 5 August 2011 |

Assalamualaikum...haa, hari ini saya baru je join kelab blogger yang di asaskan oleh Ben Ashaari dan Puteri Katek dan telah pun mencapai ''members'' sebanyak lebih 11ribu! tu angka yang besar tu..

sebenarnya, saya  cukup suka dengan group ini, keerana kita semua mungkin ada yang mengenali, dan juga ada yang tidak mengenali...TETAPI, kita dah ada dalam satu group yang menghubungkan kita sesama lain, dan kita juga telah mewujudkan satu rangakaian, TALIAN SILATURRAHIM yang dituntut dalam Islam..


''Islam itu Indah''
''talian silaturrahim amat penting dalam masyarakat''


Firman Allah di didalam surah An-Nisa’ ayat 36 :
Ertinya : 

" Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan jangan kamu sekutukan dia dengan sesuatu pun jua dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu-bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh dan rakan sejawat dan orang musafir yang terlantar dan jga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri "
Sidang jumaat yang dikasihi,
Menghubungkan silaturrahim ialah berbuat baik kepada semua yang ada pertalian kekeluargaan di antara kita. Bersegeralah menolong dan membantu mereka jika mereka memerlukannya dan jagalah perasaan mereka dengan sikap lemah lembut. Juga cintailah mereka dan berilah nasihat dan tolonglah mereka dalam segala masalah yang sedang mereka hadapi.
Dahulukanlah mereka dalam setiap perbuatan yang baik seperti dalam pemberian sedeqah, hidayah -  dari orang lain di atas dasar silaturrahim. Sabda nabi s.a.w yang maksudnya :
" Sedeqah kepada orang miskin mendapat pahala sedeqah sahaja sedangkan kepada yang ada hubungan keluarga mendapat dua pahala iaitu pahala sedeqah dan pahala menghubungkan silaturrahim ".
Sidang jumaat yang dirahmati Allah,
Menjadi kewajipan setiap muslim untuk berlaku baik dan mengambil berat kepada semua yang ada hubungan kekeluargaan & dan inilah yang disebut
menghubungkan silaturrahim sama ada hubungan pertalian darah atau pernikahan umpama kelurga sebelah isteri atau suami. Menghubungkan silaturrahim ini diutamakan kepada keluarga yang ada keretakan. Hubungkanlah silaturrahim dengan mereka & lupakan kebencian dan padamkan api dendam & berlaku baik dan tunjukkan kasih sayang kepada mereka.
Allah subhanahua ta'ala berfirman di dalam surah Fussilat ayat 34

tahniah kepada semua yang terlibat dalam group ini......... LOVE YOU ALL BLOGGERS!





KEPALSUAN HADIS KELEBIHAN TARAWIH

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang. Puji-pujian bagi Allah Subhanahu wata'ala, selawat dan salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad Sallaahu 'alaihi wasallam serta para sahabatnya.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini satu hadis tentang kelebihan tarawikh pada malam-malam ramadhan telah tersebar dengan meluas sekali. Media-media elektronik,media-media cetak serta media-media massa turut sama memainkan peranan mereka menyebarkannya melalui akhbar-akhbar, dairi-dairi Islam, TV, radio, risalah-risalah dan lain-lain dengan harapan semoga mereka mendapat saham dalam usaha menggalakkan umat Islam supaya rajin beramal ibadat terutamanya dalam bulan yang diberkati itu.
Hadis yang dimaksudkan itu ialah satu hadis yang agak panjang kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. yang sebahagian darinya adalah seperti berikut : "Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda berkenaan dengan fadhilat sembahyang tarawih pada bulan Ramadhan antaranya:
· Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala).
· Malam Keempat: Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
· Malam Keenam: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul-Ma`mur (sebanyak 70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah akan mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.
· Malam Ketujuh: Seolah-olah dia dapat bertemu serta menolong Nabi Musa A.S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman.
· Malam Kelapan: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A.S.

· Malam kesembilan: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W..
· Dan kelebihan-kelebihan seterusnya sehingga sampai kemalam yang ke-tiga puluh

Namun begitu setelah diajukan pertanyaan kepada beberapa tokoh agama tanahair tentang kedudukan hadis ini, dari manakah ianya diambil, semuanya tidak dapat memberikan penjelasan. Dan setelah diteliti dalam kitab induk hadis seperti Sunan Sittah dan lain-lain kitab hadis lagi, ianya tidak ditemui. Begitu juga dalam kitab-kitab hadis palsu (maudhu`aat) sendiri pun tidak didapati hadis ini. Ini menunjukkan bahawa hadis ini merupakan satu hadis yang baru diada-adakan sehingga ulama-ulama hadis dahulu yang menulis tentang hadis maudhu` pun tidak mengetahui akan wujudnya hadis ini.

Kita tidak menafikan kelebihan sembahyang tarawih dan kedudukannya didalam sunnah. Namun begitu kita tidak mahu umat Islam tertipu dengan berbagai-bagai janji palsu yang menyebabkan umat Islam mengerjakan amalan-amalan kebaikan dengan mengharapkan sesuatu yang sebenarnya tidak akan diperolehinya. Dengan tersebarnya hadis-hadis palsu seumpama ini juga akan mencemarkan kesucian hadis Rasulullah s.a.w. yang dipelihara dengan dengan begitu baik oleh ulama-ulama kita dahulu.

Rasulullah S.A.W. telah pun memberikan amaran terhadap orang-orang yang mengadakan pendustaan atas namanya dengan ancaman yang berat sebagaimana sabdanya : Barang siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka. (Bukhori, Muslim)
Hadis ini diriwayatkan dengan banyak sekali sehingga sampai keperingkat Mutawatir. Ancaman ini merangkumi segala jenis pendustaan keatas Nabi S.A.W. sama ada dengan maksud memberi galakan supaya rajin beramal ibadat ataupun ancaman supaya menjauhi segala larangan Allah (targhib dan tarhib).
Mulla Ali Qari dalam Al-Asrarul-Marfu'ah selepas membawakan lebih dari seratus riwayat hadis tentang pendustaan atas nama Nabi Muhammad S.A.W. menukilkan kata-kata Imam Nawawi dalam syarah Muslim. Kata Imam Nawawi: Haram meriwayatkan sesuatu hadis palsu (maudhu`) bagi orang yang mengetahui bahawa hadis itu maudhu` atau dia hanya menyangka hadis ini maudhu`. Siapa yang menceritakan hadis yang dia tahu atau dia sangka bahawa ianya maudhu` serta dia tidak menerangkan keadaannya maka dia termasuk dalam ancaman ini. Katanya lagi, tidak ada perbezaan dalam pengharaman pendustaan atas Nabi Muhammad S.A.W. di
antara hadis tentang hukum-hukum dan hadis yang bukan berkenaan dengan hukum seperti hadis yang mengandungi dorongan serta galakan beramal ibadat, hadis-hadis nasihat dan lain-lain. Semuanya haram termasuk dalam sebesar-besar dosa dan sejelek-jelek perkara dengan ijmak ulamak Islam… seterusnya dia berkata: Ulama-ulama telah pun sepakat tentang haram berdusta atas nama orang-orang biasa. Bagaimana pula dengan orang yang kata-katanya adalah syariat, kalamnya adalah wahyu dan berdusta atasnya adalah pendustaan atas Allah juga. Fiman Allah bermaksud: Tidaklah dia mengucapkan mengikut kemahuan hawa nafsunya. Apa yang diucapkan tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan. (An-Najm: 3-4).
Di dalam hadis tersebut nampaknya ada galakan supaya umat Islam rajin untuk melakukan amalan terawih dalam bulan Ramadhan seperti mana kita sering dapati hadis ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang mana sebenarnya hadis itu pun telah di reka atas nama nabi Muhammad S.A.W. seperti contoh satu hadis yang sebahagian darinya berbunyi: Jika seseorang itu meninggalkan sembahyang zohor dosanya adalah seperti dia berzina dengan ibunya sendiri.Jika dia meninggalkan sembahyang sembahyang asar dosanya adalah seperti meruntuhkan kaa'bah..
Adakah tidak cukup dengan janji ganjaran dari Allah bagi orang yang menghidupkan malam Ramadhan yang terdapat dalam kitab hadis shahih contohnya hadis yang bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan malam ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu. (Al-Bukhari)
Dan adakah tidak cukup dengan ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang terdapat dalam al-Quran antaranya firman Allah yang bermaksud: Apakah yang menyebabkan kamu dimasukkan kedalam neraka saqar? Mereka menjawab: Kami dahulu termasuk orang yang tidak mengerjakan sembahyang. (Al-Muddatsir)
Sebenarnya bagi mereka yang suka menghidupkan malam Ramadhan tidak mesti dengan adanya hadis rekaan yang seperti ini mereka akan bersungguh-sungguh dalam menghidupkan amalan tarawih ini. Dan orang yang malas bersembahyang bawalah hadis yang bagaimana teruk sekalipun siksaannya namun mereka tetap tidak mahu mengerjakannya.
Diantara ciri-ciri hadis maudhu` (rekaan) dari segi zahirnya selain dari meneliti sanad perawinya ialah
1. Kelebihan yang disebutkan menyamai atau mengatasi kelebihan yang terdapat pada para sahabat nabi kita Muhammad S.A.W. atau orang yang berjuang bersama dengan nabi-nabi yang lain apatah lagi untuk menyamai atau mengatasi kedudukan nabi-nabi kerana umat yang datang kemudian walaupun setinggi-tinggi wali sekalipun tidak akan dapat mengatasi atau menyamai kedudukan sekecil-kecil sahabat apatah lagi untuk menyamai kedudukan seorang nabi.
2. Kelebihan yang terdapat didalamnya tidak sepadan dengan amalan yang dilakukan dimana ia menyalahi apa yang terdapat dalam syariat sebagaimana tersebut dalam Al-Qur'an dan hadis-hadis shohih.
3. Kandungannya serta ertinya rapuh, tidak menyerupai kalam Nabi Muhammad s.a.w. dan lafaznya tidak sesuai keluar dari mulut Nabi sepertimana yang terdapat dalam hadis-hadis shohih.
4. Didalam setengah risalah yang terdapat hadis ini, ianya dimulai dengan "Ya Ali" sedangkan ulama-ulama hadis telah mengatakan bahawa hadis-hadis yang dimulai dengan kata-kata ini hanya dua atau tiga sahaja yang shohih.Yang lainnya adalah palsu.
Oleh itu umat Islam sekalian terutamanya pihak-pihak berkenaan seperti institusi-institusi agama diperingkat negeri dan pusat sepatutnya prihatin terhadap perkara seperti ini demi menjaga kesucian hadis Rasul yang menjadi pegangan kedua Ahlus Sunnah Wal Jamaah.Umat Islam janganlah mudah tertipu dengan diayah-diayah palsu yang dikaitkan dengan Rasulullah sedangkan ianya tidak ada hubungan langsung dengan Rasulullah s.a.w. Janganlah sampai masyarakat kita melakukan sesuatu amalan dengan harapan akan mendapat pahala sedangkan sebaliknya dosa besar pula yang diperolehi dengan menyebarkan dan seterusnya beramal dengan hadis-hadis palsu seperti ini.

SELAMAT BERPUASA DAN BERIBADAT MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH S.A.W. 



Portal JAKIM

jom masak bubur nak tak?

|

Assalamualaikum...
haa tu dia...macam mana nak masak? orang tua tua kata bubur ni sedap woo....tambah buat juadah BERBUKA PUASA! amacam? haa, ni dia kepada kaum2 ibu..cuba la try!


ish ish ish....tudia, sekali pandang je nampak macam terliur je kan...dengan kacang nye, bawang goreng nye...perghhhh...urmmm! SEDAP DAN ENAK SEKALI!!

haaa...tanpa mau cakap banyak, copy la bahan dan cara2 dia kat bawah ni....nak masak sat lagi ni kan??
hehehehehehe <3 :)


 Bahan-Bahan:
1 kg beras
200gm kacang hijau
1 kg santan
50 gm kerisik
satu sudu kecil serbuk jintan manis, serbuk jintan putih dan halba
10 keping gula melaka
10 ulas bawang merah-dimayang
5 ulas bawang putih-dimayang
1 inci halia-dimayang 500 gm jagung
100 gm gula pasir
sedikit rempah kurma,kari
2 liter air
Cara:
1.masak nasi sehingga pecah. Kacau sentiasa.
2.masukkan kacang hijau dan jagung kacau hingga kacang hijau kembang
3.masukkan bawang, kerisik, halia dan rempah serta rempah kurma. Kacau lagi
Cadangan Hidangan:
4.masukkan gula melaka dan gula
5.akhir sekali masukkan santan dan kacau sehingga adunan pekat
6.sejuk adunan dalam dulang berlapik daun pisang.

haa tudiaaaa............okeyh clear la noh....boleh masakk dah tu...cuma kita kena p beli la barang2 sikit....hihihi....
makcik makcik pakcik pakcik..selamat mencoba yer...
dan juga selamat beramal serta selamat berbuka puasa...
kepada chinese, indian dan kaum lain...anda juga boleh mencoba!